Melayari internet mencari info tambahan berkaitan Serena S Hybrid. Di Jepun telahpun dilancarkan Serena model terbaru (generasi ke 5), namun belum memasuki pasaran Malaysia. Melihat kepada spesifikasi Serena baharu itu, aku jangkakan harganya akan lebih mahal jika masuk ke pasaran Malaysia. lihat all-new-nissan-serena-fifth-generation. So, tak menyesal kot kalau ambil Serena sekarang.

Coming soon: Serena S Hybrid Generasi ke-5
Ulasan mengenai pemanduan Serena S Hybrid boleh dilihat di paultan.org. Juga melihat perbandingan antara Serena S hybrid dengan Mazda Biante.
TERPESONA. Aku hubungi ejen Nissan Puchong sekali lagi, temujanji untuk test drive Serena pada 1.10.2016. Minta rebate maksima berpandukan perbandingan2 harga dan tawaran yang aku dapat melalui Mudah.my. Ayat jual mahal lah dahulu, berminat dengan Serena tapi bergantung pada tawaran dan test drive Serena nanti. (padahal dalam hati dah membuak2 tak sabar.. hehe)
Tengah hari 1.10.2016 aku bawa semua ahli keluarga (kebetulan Hasya bercuti) untuk test drive Serena. Sampai di sana Serena sudah menunggu untuk dipandu uji. Punyalah seronok anak-anak duduk dalam mpv yang lapang dan selesa. pemanduan memang selesa dan sungguh teruja dengan hybridnya di mana enjin akan off semasa kereta berhenti di traffic light, dan akan onn bila paddle minyak ditekan. Suspensinya rasa macam terlebih lembut pula sebab bila melalui bonggol tinggi ada bunyi seretan di bawah lantai kereta (ceh.. macam ulasan pemandu uji paultan pulak.. kih kih kih).
Aku happy, Wife happy, anak-anak happy - masa untuk happykan ejen Nissan pulak.. hehe.. Deal - 10k rebate, so tak de la aksesori seperti leather seat, media player, spoiler, tinted dan door visor.. yang penting boleh down payment lebih sikit. Masa untuk pilih kaler.. Ada suka putih, ada suka graphite blue, ada suka silver. Keputusan akhir adalah Serena S Hybrid Silver.
Proses seterusnya adalah dalam tempoh dua minggu. Bermula dari 1.10.2016 (test drive dan booking), then proses loan, agreement dan sebagainya. Pada 11.10.2016 dimaklumkan kereta dah ready dan siap berdaftar dengan nombor plate VB 2897. tak de booking2 nombor. kereta akan diambil di showroom Puchong pada 13.10.2016. Tak sabarnya.
12.10.2016 - sehari sebelum tarikh collect kereta, Nissan call, offer untuk tinted dari Agard. harga asal 2k (katanya) offer 1.3k. aku bargain untuk 1k dan mereka setuju. So tinted tak payah fikir lagi dah lepas ni. Spec tinted : premium spec - 5mil security tinted, anti uv 99%, heat rejection 75%.
12.10.2016 - sehari sebelum tarikh collect kereta, Nissan call, offer untuk tinted dari Agard. harga asal 2k (katanya) offer 1.3k. aku bargain untuk 1k dan mereka setuju. So tinted tak payah fikir lagi dah lepas ni. Spec tinted : premium spec - 5mil security tinted, anti uv 99%, heat rejection 75%.


No comments:
Post a Comment