Wednesday, October 12, 2016

Pencarian

Setelah ada ura-ura untuk mencari pengganti Multipla, maka aku pun tekun mentelaah website terutama Mudah.my untuk mencari bayangan pengganti.. Kriteria utama adalah people mover, kedua mestilah dalam budget yang mampu dan ketiga BAHARU bukan second hand. Puan Mask tidak mahu lagi berkompromi dengan isu 'tersadai' dan 'rosak' tiba-tiba - so pengganti mesti baharu. Kriteria tambahan adalah aliran aircond yang boleh cover sampai ke belakang dan memberi kenyamanan kepada penumpang row ketiga..

Kriteria kedua dan ketiga membataskan pilihan. Pendek cerita disenarai pendekkan kereta yang dalam kriteria  seperti berikut : 1. Nissan Grand Livina, 2. Toyota Sienta, 3. Proton Exora Turbo 4. Toyota Avanza, 5. Perodua Alza, 6. Chery Eastar






    


Lama juga terlekat di Chery Eastar; harga memang mampu milik dalam 60k, Design menarik. Dah deal dengan ejen untuk test drive. Join fb Chery Easter Club untuk dapat info dan masuk semua forum berkaitan Chery Eastar. Kesimpulannya adalah 70% menyesal dan 30% sahaja yang berpuas hati dengan jentera enjin Acteco 2.0 Austria yang digunakan dalam Chery Eastar.. yang beri feedback positif kebanyakan daripada enjin 2.4 Mitsubishi. Interior menarik tetapi tidak lasak, kerana China tidak begitu mengambil beral soal QC. Kensel testdrive Chery.

Pendekkan lagi senarai:
1. Nissan Grand Livina, 2. Toyota Sienta, 3. Proton Exora Turbo 4. Toyota Avanza, 5. Perodua Alza, 6. Chery Eastar
 
 Test Drive Livina
 

 
Next study adalah berkaitan Grand Livina dan juga Sienta.. beberapa comparison between MPV juga dibuat. Pada 24 September 2016 (Sabtu) aku telah buat temu janji dengan Edaran Tan Chong Motor di Puchong untuk test drive Livina.. Hasil pandu uji sangat berpuashati dengan pengendalian Livina serta enjin yang smooth, interior dan exterior Livina baharu ini juga boleh tahan menarik.. Isunya adalah ruang belakang yang agak sempit, ruang barang yang sangat terhad (macam mana nak balik kampung ni?) dan untuk row tengah hanya ada air vent di belakang konsol armrest row depan.. untuk row ketiga bergantung kepada aircond blowing dari depan..

Selesai test drive Livina kami jenguk-jenguk dan test duduk  dalam Serena S Hybrid.. alamak! memang best.. tapi luar bajet kami..

Keluar daripada Showroom Nissan kami ke Showroom Toyota pula.. melihat-lihat Sienta.. nampak kecil dan interior terutama seat nampak macam 'murah'. Harga menghampiri 100k. Exterior memang agak menarik.. tapi.. macam terbanding-banding dengan Serena tadi.. luas dan lapang.
 

Selesai siri melihat kereta.. hati kami masing-masing dah jatuh cinta pada Serena.. cuma yang bermain-main di fikiran.. mampu beli, mampu bayar atau mampu tengok?

Serena?

Pulang ke rumah, booklet Livina dah buang jauh-jauh.. asyik belek booklet Serena S Hybrid sahaja.. Tekan internet pun asyik nak survey pasal Serena S Hybrid sahaja.. pilihan-pilihan lain di atas tadi dah tak timbul lagi di fikiran.. apakah..

No comments:

Post a Comment