Wednesday, October 12, 2016

Serena S Hybrid - The Tribe Has Spoken

Melayari internet mencari info tambahan berkaitan Serena S Hybrid. Di Jepun telahpun dilancarkan Serena model terbaru (generasi ke 5), namun belum memasuki pasaran Malaysia. Melihat kepada spesifikasi Serena baharu itu, aku jangkakan harganya akan lebih mahal jika masuk ke pasaran Malaysia.  lihat all-new-nissan-serena-fifth-generation.    So, tak menyesal kot kalau ambil Serena sekarang.
 
Coming soon: Serena S Hybrid Generasi ke-5

Ulasan mengenai pemanduan Serena S Hybrid boleh dilihat di paultan.org. Juga melihat perbandingan antara Serena S hybrid dengan Mazda Biante.

TERPESONA. Aku hubungi ejen Nissan Puchong sekali lagi, temujanji untuk test drive Serena pada 1.10.2016. Minta rebate maksima berpandukan perbandingan2 harga dan tawaran yang aku dapat melalui Mudah.my. Ayat jual mahal lah dahulu, berminat dengan Serena tapi bergantung pada tawaran dan test drive Serena nanti. (padahal dalam hati dah membuak2 tak sabar.. hehe)

Tengah hari 1.10.2016 aku bawa semua ahli keluarga (kebetulan Hasya bercuti) untuk test drive Serena. Sampai di sana Serena sudah menunggu untuk dipandu uji. Punyalah seronok anak-anak duduk dalam mpv yang lapang dan selesa. pemanduan memang selesa dan sungguh teruja dengan hybridnya di mana enjin akan off semasa kereta berhenti di traffic light, dan akan onn bila paddle minyak ditekan. Suspensinya rasa macam terlebih lembut pula sebab bila melalui bonggol tinggi ada bunyi seretan di bawah lantai kereta (ceh.. macam ulasan pemandu uji paultan pulak.. kih kih kih).


Cuma terasa seperti membawa van/bas mini sikit sewaktu memandu, namun paparan panel meter yang totally digital sangat cantik dan elegan. (Tak puas hati tak nampak jarum meter..)  Pintu belakang kiri dan kanan ada power door. Susunan kerusi boleh dilaras ikut kesesuaian keluarga.. aku memilih untuk jadikan dua kerusi di baris kedua supaya ada ruang lalu di tengah. Faheem haseef dah janji akan duduk belakang sekali kalau beli kereta baru sebab ada ruang lalu. (dia pun tak sabar asyik tanya bila nak beli kereta baru).
 
 dashboard dengan panel digital 

  
seat boleh laras dalam 14 cara
Aku happy, Wife happy, anak-anak happy - masa untuk happykan ejen Nissan pulak.. hehe.. Deal - 10k rebate, so tak de la aksesori seperti leather seat, media player, spoiler, tinted dan door visor.. yang penting boleh down payment lebih sikit. Masa untuk pilih kaler.. Ada suka putih, ada suka graphite blue, ada suka silver. Keputusan akhir adalah Serena S Hybrid Silver.

Proses seterusnya adalah dalam tempoh dua minggu. Bermula dari 1.10.2016 (test drive dan booking), then proses loan, agreement dan sebagainya. Pada 11.10.2016 dimaklumkan kereta dah ready dan siap berdaftar dengan nombor plate VB 2897. tak de booking2 nombor. kereta akan diambil di showroom Puchong pada 13.10.2016. Tak sabarnya.

12.10.2016 - sehari sebelum tarikh collect kereta, Nissan call, offer untuk tinted dari Agard. harga asal 2k (katanya) offer 1.3k. aku bargain untuk 1k dan mereka setuju. So tinted tak payah fikir lagi dah lepas ni. Spec tinted : premium spec - 5mil security tinted, anti uv 99%, heat rejection 75%
        




Pencarian

Setelah ada ura-ura untuk mencari pengganti Multipla, maka aku pun tekun mentelaah website terutama Mudah.my untuk mencari bayangan pengganti.. Kriteria utama adalah people mover, kedua mestilah dalam budget yang mampu dan ketiga BAHARU bukan second hand. Puan Mask tidak mahu lagi berkompromi dengan isu 'tersadai' dan 'rosak' tiba-tiba - so pengganti mesti baharu. Kriteria tambahan adalah aliran aircond yang boleh cover sampai ke belakang dan memberi kenyamanan kepada penumpang row ketiga..

Kriteria kedua dan ketiga membataskan pilihan. Pendek cerita disenarai pendekkan kereta yang dalam kriteria  seperti berikut : 1. Nissan Grand Livina, 2. Toyota Sienta, 3. Proton Exora Turbo 4. Toyota Avanza, 5. Perodua Alza, 6. Chery Eastar






    


Lama juga terlekat di Chery Eastar; harga memang mampu milik dalam 60k, Design menarik. Dah deal dengan ejen untuk test drive. Join fb Chery Easter Club untuk dapat info dan masuk semua forum berkaitan Chery Eastar. Kesimpulannya adalah 70% menyesal dan 30% sahaja yang berpuas hati dengan jentera enjin Acteco 2.0 Austria yang digunakan dalam Chery Eastar.. yang beri feedback positif kebanyakan daripada enjin 2.4 Mitsubishi. Interior menarik tetapi tidak lasak, kerana China tidak begitu mengambil beral soal QC. Kensel testdrive Chery.

Pendekkan lagi senarai:
1. Nissan Grand Livina, 2. Toyota Sienta, 3. Proton Exora Turbo 4. Toyota Avanza, 5. Perodua Alza, 6. Chery Eastar
 
 Test Drive Livina
 

 
Next study adalah berkaitan Grand Livina dan juga Sienta.. beberapa comparison between MPV juga dibuat. Pada 24 September 2016 (Sabtu) aku telah buat temu janji dengan Edaran Tan Chong Motor di Puchong untuk test drive Livina.. Hasil pandu uji sangat berpuashati dengan pengendalian Livina serta enjin yang smooth, interior dan exterior Livina baharu ini juga boleh tahan menarik.. Isunya adalah ruang belakang yang agak sempit, ruang barang yang sangat terhad (macam mana nak balik kampung ni?) dan untuk row tengah hanya ada air vent di belakang konsol armrest row depan.. untuk row ketiga bergantung kepada aircond blowing dari depan..

Selesai test drive Livina kami jenguk-jenguk dan test duduk  dalam Serena S Hybrid.. alamak! memang best.. tapi luar bajet kami..

Keluar daripada Showroom Nissan kami ke Showroom Toyota pula.. melihat-lihat Sienta.. nampak kecil dan interior terutama seat nampak macam 'murah'. Harga menghampiri 100k. Exterior memang agak menarik.. tapi.. macam terbanding-banding dengan Serena tadi.. luas dan lapang.
 

Selesai siri melihat kereta.. hati kami masing-masing dah jatuh cinta pada Serena.. cuma yang bermain-main di fikiran.. mampu beli, mampu bayar atau mampu tengok?

Serena?

Pulang ke rumah, booklet Livina dah buang jauh-jauh.. asyik belek booklet Serena S Hybrid sahaja.. Tekan internet pun asyik nak survey pasal Serena S Hybrid sahaja.. pilihan-pilihan lain di atas tadi dah tak timbul lagi di fikiran.. apakah..

Tuesday, October 11, 2016

Fiat Multipla - Kenangan terindah bersamanya

 Perhatian: Catatan ini agak panjang sebab ini adalah kenangan dan menjadi pencetus kepada catatan-catatan seterusnya.

KENANGAN

Sejak 2007, FIAT MULTIPLA 1.6 begitu setia membawa kami sekeluarga dalam 'perjalanan' dan   'pengembaraan' hidup. Segala jam dan kona-baring ditempuhi bersama. Spacious dan selesa. Rupa yang pelek dan rare sentiasa menjadi tarikan..(ada yang panggil kereta katak, ada yang panggil flowerhorn, ada yang panggil baby face).

 
 


   
Well, sangat happy memandu Fiat Multipla, dan memang sedap mengendalikan kereta ini. Dalamannya luas.. 3 seat depan dan 3 seat di belakang memberikan keselesaan kepada keluarga kami.. cermin yang besar memberikan pandangan yang luas ke luar sepanjang perjalanan.. sesuai untuk mereka yang ada claustrophobia.. hehe.. tapi cermin yang besar ini memberi impak pada pemanduan tengah hari.. full blast aircond! sebab sinar matahari berlumba-lumba masuk ke dalam kereta..
 Kelemahan Multipla adalah pada barangan plastik  yang melting terutama plastik sekitar lubang aircond.. tak sesuai dengan climate di Malaysia.. Sunroof ada dua.. kedua2nya setakat 3 tahun sahaja OK.. lepas tu aku ada isu leaking.. untuk mengatasi dengan cepat aku seal sahaja.. lama-kelamaan, sealing itu juga tidak menjadi  penghalang untuk air masuk sewaktu hujan lebat.. pada anak2 aku bila hujan aku akan bagi tau  "bersedia untuk kesan 3D!" hujan di luar rasa titisan di dalam.. hehe



Berbanding kereta Proton Waja kami 2002 - 2007, rasanya Multipla lebih lasak.. sehingga kini (2016) sebutir bulb pun belum tukar lagi, lagi tak pernah terbakar.. tapi macam kereta lain juga, selepas 5 tahun banyak la wear and tear.. Spare part boleh dapat dengan mudah di Jalan Ipoh.. kedai yang jual part Alfa Romeo juga jual part Fiat.. untuk part yang kecil2 contohnya lampu signal yang pecah aku beli saja di ebay - termasuk pos masih murah berbanding kedai spare part - bila aku cerita dengan kedai spare part dia cakap, "kita orang kena bayar tax.. mana aci.." hehe.. aci aci buka pintu la..

2013 Multipla sudah mula main isu besar (duit besar) iaitu aircond.. semua yang berkaitan aircond kena ganti baharu, 

 Pada 2014, kami mencari kereta kedua dengan gear auto dan kami memilih Nissan Latio Sport (aku tahu puan Mask sangat teruja dengan Suzuki Swift.. tapi rezeki kami dengan Latio - dalaman lebih luas). Dengan adanya Latio, Multipla berkesempatan untuk berehat dan kami upgrade sikit agar dapat pandangan baru pada Multipla.. Warna asal silver pun dah bertukar kepada cerrulean blue pada tahun 2014, siap reupholstery lagi.. rasa macam kereta baru pulak.. Wow!


Hari raya 2014 Multipla balik kampung dengan wajah baru.. Namun gembira bersua duka bila cermin kereta depan sebelah penumpang kena pecah dengan penyangak durjana semasa aku singgah solat Jumaat di Masjid Sg. Gedung, Sg. petani. sedih woo.. Beraya tak ada cermin, aku ambil plastik tinted lekat. Dan untuk mengganti dapat spare part dengan harga RM550.. tak ada pilihan ambil la juga sebab susah nak cari..

Mulai  2015 bermulalah PENGALAMAN yang tak diingini oleh setiap pemandu.. satu demi satu. 
Untuk balik hari raya 2015 set clutch plate tukar baharu sebab clutch kadang2 sangkut bila tekan paddle clutch terutama waktu jam. aku rasa perkara biasa tu utk kereta manual, lama juga bertahan sebab Waja dulu 4 tahun dah kena tukar clutch plate. Set timing belt juga diganti untuk kali kedua.  Semangat betul nak balik berhari raya.

Ceritera bermula selepas ambil Hasya  di SMK Sains Tengku Abdullah, kami terus balik ke kampung di Kedah mengikut route Raub - Sg Koyan - Cameron Highland - Simpang Pulai dan masuk semula ke lebuhraya PLUS.. sebelum sampai tol Juru jalan mula sesak.. dekat nak sampai tol Juru paddle clutch dah mula sangkut2.. lepas saja dari tol, nah! paddle clutch terus tak lekat di lantai tak naik2, nasib baik ada lajak dan aku sempat signal ke tepi.. huhuhu.. tak nak cerita panjang, call insurans untuk tow ke Bandar Perda, letak dekat kedai pomen, kedai dah tutup sebab dah malam.. nasib baik dah dekat dengan rumah abang ipar. Esok pagi aku pergi untuk refer kereta dekat mekanik, start kereta, main clucth, eh! boleh la pulak.. bawak pusing2 Perda main clutch OK la pulak.. so kesimpulan yang dibuat bila sejuk OK, jangan masuk jalan jam. 

Balik Bangi refer dengan mekanik CKW Seksyen 3 yang tukar set clutch plate tu.. dia check balik semua ok, membuat andaian hidraulik tidak berfungsi dengan baik sebab baru tukar.. selepas daripada itu memang OK.. namun beberapa bulan kemudian berulang lagi semasa menempuh jam di Sg. Petani, tersadai tepi jalan dekat Taman Jubli Perak, bila dah sejuk OK semula. Totally kena elak jalan sesak. Balik Bangi check lagi betul2 dan isunya adalah clutch pump kena ganti atas dan bawah. selepas tu semuanya OK.

Walau bagaimanapun, Siri tersadai tepi jalan ini berterusan:

Hujung tahun 2015 - tersadai tepi jalan sblm tol Sg Dua hala nak balik ke KL.. sebelum subuh - tayar nak tercabut.. Plus Ronda tolong tukar spare tyre dan drive ke Perda untuk baiki.. skru dah abis bunga..

Semasa balik kampung sempena Tahun Baru Cina 2016 - sampai Sekinchan (nasib baik ikut jalan negeri sebab highway sesak) kereta overheating, steering keras, aircon mati.. jenuh juga  mencari pomen sementara masih pagi sebab petang nanti sudah makan besar.. nasib baik masih lagi ada yang buka kedai.. isunya adalah pully tercabut (mungkin mekanik yang tukar timing belt pasang semula tak kuat). Ambil hotel kat Sekinchan sementara tunggu kereta siap. petang siap, sblm maghrib kami bertolak ke Kedah dari Sekinchan.

Terkini.. balik kampung Raya Haji.. On the way nak balik ke KL sebelum Subuh isu sama macam di atas berulang, tapi nasib baik belum lepas masjid Kota Kuala Muda.. Belting terkeluar dan pully longgar (patut ada bunyi besi halus - sblm ni aku refer CKW, Mekanik macam pandai tu cakap magnet compressor - pandai2 dia sebut benda yang mahal, padahal aircon ok ja).. Pomen kampung tolong setelkan.. bayar duit belting baru dengan upah pasang serta ketatkan semula pully saja..

Next day pagi2 sebelum subuh beertolak, solat subuh di Gunung Semanggol.. sampai rumah baru perasan tayar belakang sebelah kiri dah terkoyak. Sejak itu, kami dah mula pandang slek pada Multipla.. ada 2 lagi kerosakan yang aku tangguh pada Multipla iaitu sunroof yang bocor dan power window sebelah driver yang dah rosak. Tayar koyak tu aku cuma ganti dengan tayar 2nd hand saja sebab menurut kawan mekanik, mungkin disebabkan tayar bengkak, bukan mekanikal lain. Semua ini membawa kepada entri entri yang seterusnya dalam blog Our Serena S Hybrid ni.. dah tak ada unsur suspen sebab tajuk pun dah tahu kami bertukar kepada kereta baharu Serena .. tapi ada cerita juga macam mana menjadi Serena ni.. tengok next entri. 

P/S - Walau ada pengganti, Multipla tetap disimpan.. sebab:
1. sayang juga sebab dia unik
2. nak trade in pun tak ada harga.. hehe