Perhatian: Catatan ini agak panjang sebab ini adalah kenangan dan menjadi pencetus kepada catatan-catatan seterusnya.
KENANGAN
Sejak 2007,
FIAT MULTIPLA 1.6 begitu setia membawa kami sekeluarga dalam 'perjalanan' dan 'pengembaraan' hidup. Segala
jam dan kona-baring ditempuhi bersama.
Spacious dan selesa. Rupa yang pelek dan
rare sentiasa menjadi tarikan..(ada yang panggil kereta katak, ada yang panggil
flowerhorn, ada yang panggil
baby face).


Well, sangat
happy memandu
Fiat Multipla, dan memang sedap mengendalikan kereta ini. Dalamannya luas.. 3
seat depan dan 3
seat di belakang memberikan keselesaan kepada keluarga kami.. cermin yang besar memberikan pandangan yang luas ke luar sepanjang perjalanan.. sesuai untuk mereka yang ada
claustrophobia.. hehe
.. tapi cermin yang
besar ini memberi impak pada pemanduan tengah hari..
full blast aircond! sebab sinar matahari berlumba-lumba masuk ke dalam kereta..
Kelemahan Multipla adalah pada barangan plastik yang melting terutama plastik sekitar lubang aircond.. tak sesuai dengan climate di Malaysia.. Sunroof ada dua.. kedua2nya setakat 3 tahun sahaja OK.. lepas tu aku ada isu leaking.. untuk mengatasi dengan cepat aku seal sahaja.. lama-kelamaan, sealing itu juga tidak menjadi penghalang untuk air masuk sewaktu hujan lebat.. pada anak2 aku bila hujan aku akan bagi tau "bersedia untuk kesan 3D!" hujan di luar rasa titisan di dalam.. hehe

Berbanding kereta Proton Waja kami 2002 - 2007, rasanya Multipla lebih lasak.. sehingga kini (2016) sebutir bulb pun belum tukar lagi, lagi tak pernah terbakar.. tapi macam kereta lain juga, selepas 5 tahun banyak la wear and tear.. Spare part boleh dapat dengan mudah di Jalan Ipoh.. kedai yang jual part Alfa Romeo juga jual part Fiat.. untuk part yang kecil2 contohnya lampu signal yang pecah aku beli saja di ebay - termasuk pos masih murah berbanding kedai spare part - bila aku cerita dengan kedai spare part dia cakap, "kita orang kena bayar tax.. mana aci.." hehe.. aci aci buka pintu la..
2013 Multipla sudah mula main isu besar (duit besar) iaitu aircond.. semua yang berkaitan aircond kena ganti baharu,
Pada 2014, kami mencari kereta kedua dengan gear auto dan kami
memilih Nissan Latio Sport (aku tahu puan Mask sangat teruja dengan
Suzuki Swift.. tapi rezeki kami dengan Latio - dalaman lebih luas).
Dengan adanya Latio, Multipla berkesempatan untuk berehat dan kami upgrade sikit agar dapat pandangan baru pada Multipla.. Warna asal silver pun dah bertukar kepada cerrulean blue pada tahun 2014, siap reupholstery lagi.. rasa macam kereta baru pulak.. Wow!
Hari raya 2014 Multipla balik kampung dengan wajah baru.. Namun gembira bersua duka bila cermin kereta depan sebelah penumpang kena pecah dengan penyangak durjana semasa aku singgah solat Jumaat di Masjid Sg. Gedung, Sg. petani. sedih woo.. Beraya tak ada cermin, aku ambil plastik tinted lekat. Dan untuk mengganti dapat spare part dengan harga RM550.. tak ada pilihan ambil la juga sebab susah nak cari..
Mulai 2015 bermulalah PENGALAMAN yang tak diingini oleh setiap pemandu.. satu demi satu.
Untuk balik hari raya 2015 set clutch plate tukar baharu sebab clutch kadang2 sangkut bila tekan paddle clutch terutama waktu jam. aku rasa perkara biasa tu utk kereta manual,
lama juga bertahan sebab Waja dulu 4 tahun dah kena tukar clutch plate. Set timing belt juga diganti untuk kali kedua. Semangat betul nak balik berhari raya.
Ceritera bermula selepas ambil Hasya di SMK Sains Tengku Abdullah, kami terus balik ke kampung di Kedah mengikut route Raub - Sg Koyan - Cameron Highland - Simpang Pulai dan masuk semula ke lebuhraya PLUS.. sebelum sampai tol Juru jalan mula sesak.. dekat nak sampai tol Juru paddle clutch dah mula sangkut2.. lepas saja dari tol, nah! paddle clutch terus tak lekat di lantai tak naik2, nasib baik ada lajak dan aku sempat signal ke tepi.. huhuhu.. tak nak cerita panjang, call insurans untuk tow ke Bandar Perda, letak dekat kedai pomen, kedai dah tutup sebab dah malam.. nasib baik dah dekat dengan rumah abang ipar. Esok pagi aku pergi untuk refer kereta dekat mekanik, start kereta, main clucth, eh! boleh la pulak.. bawak pusing2 Perda main clutch OK la pulak.. so kesimpulan yang dibuat bila sejuk OK, jangan masuk jalan jam.
Balik Bangi refer dengan mekanik CKW Seksyen 3 yang tukar set clutch plate tu.. dia check balik semua ok, membuat andaian hidraulik tidak berfungsi dengan baik sebab baru tukar.. selepas daripada itu memang OK.. namun beberapa bulan kemudian berulang lagi semasa menempuh jam di Sg. Petani, tersadai tepi jalan dekat Taman Jubli Perak, bila dah sejuk OK semula. Totally kena elak jalan sesak. Balik Bangi check lagi betul2 dan isunya adalah clutch pump kena ganti atas dan bawah. selepas tu semuanya OK.
Walau bagaimanapun, Siri tersadai tepi jalan ini berterusan:
Hujung tahun 2015 - tersadai tepi jalan sblm tol Sg Dua hala nak balik ke KL.. sebelum subuh - tayar nak tercabut.. Plus Ronda tolong tukar spare tyre dan drive ke Perda untuk baiki.. skru dah abis bunga..
Semasa balik kampung sempena Tahun Baru Cina 2016 - sampai Sekinchan (nasib baik ikut jalan negeri sebab highway sesak) kereta overheating, steering keras, aircon mati.. jenuh juga mencari pomen sementara masih pagi sebab petang nanti sudah makan besar.. nasib baik masih lagi ada yang buka kedai.. isunya adalah pully tercabut (mungkin mekanik yang tukar timing belt pasang semula tak kuat). Ambil hotel kat Sekinchan sementara tunggu kereta siap. petang siap, sblm maghrib kami bertolak ke Kedah dari Sekinchan.
Terkini.. balik kampung Raya Haji.. On the way nak balik ke KL sebelum Subuh isu sama macam di atas berulang, tapi nasib baik belum lepas masjid Kota Kuala Muda.. Belting terkeluar dan pully longgar (patut ada bunyi besi halus - sblm ni aku refer CKW, Mekanik macam pandai tu cakap magnet compressor - pandai2 dia sebut benda yang mahal, padahal aircon ok ja).. Pomen kampung tolong setelkan.. bayar duit belting baru dengan upah pasang serta ketatkan semula pully saja..
Next day pagi2 sebelum subuh beertolak, solat subuh di Gunung Semanggol.. sampai rumah baru perasan tayar belakang sebelah kiri dah terkoyak. Sejak itu, kami dah mula pandang slek pada Multipla.. ada 2 lagi kerosakan yang aku tangguh pada Multipla iaitu sunroof yang bocor dan power window sebelah driver yang dah rosak. Tayar koyak tu aku cuma ganti dengan tayar 2nd hand saja sebab menurut kawan mekanik, mungkin disebabkan tayar bengkak, bukan mekanikal lain. Semua ini membawa kepada entri entri yang seterusnya dalam blog Our Serena S Hybrid ni.. dah tak ada unsur suspen sebab tajuk pun dah tahu kami bertukar kepada kereta baharu Serena .. tapi ada cerita juga macam mana menjadi Serena ni.. tengok next entri.
P/S - Walau ada pengganti, Multipla tetap disimpan.. sebab:
1. sayang juga sebab dia unik
2. nak trade in pun tak ada harga.. hehe